Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Salahkan Pilihan Rakyat...

PUTRAJAYA - Rakyat tidak patut disalahkan dalam membuat pilihan pada pilihan raya kecil...

BN Letak Calon Kerana...

BUTTERWORTH - Barisan Nasional (BN) meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya bukan...

VIDEO: Nyanyian Siti Nurhaliza...

KEHILANGAN mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz...

Abang Johari Lancar Papan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu orang...

9 Rumah Sewa Musnah Kebakaran

DENGKIL : Deretan teres rumah sewa satu tingkat dihuni seramai 25 orang, musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jenderam Hilir di sini malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan pukul 9.52 malam tadi seterusnya tiba di lokasi pukul 10 malam.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sembilan pintu rumah sewa dengan saiz 15×40 kaki persegi bagi setiap rumah iaitu jenis teres 1 tingkat kelas A.

“Susulan itu, kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pihak bomba dengan anggaran kemusnahan secara keseluruhan 90 peratus. Dalam masa sama, kebakaran juga tidak melibatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Norazam berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.18 malam dan dipadamkan pada pukul 11 malam dengan kerja-kerja overhaul dilakukan pihak bomba.


Jelasnya, operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil, BBP Cyberjaya, BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), BBP Bangi, BBP Serdang dan BBP Kajang yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II (KUP) Muhamad Shakirin Selamat.

Katanya, punca kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, beliau menambah, penghuni sembilan rumah sewa tersebut terdiri daripada 12 lelaki dewasa, lapan wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan melibatkan warga tempatan serta warga asing iaitu Indonesia dan Pakistan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori