Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

549 Veteran Tentera Tak...

KANGAR - Seramai 549 veteran tentera tidak berpencen di Perlis menerima Bantuan Bakti...

Indonesia Cadang 546 Acara...

JAKARTA - Indonesia mencadangkan sebanyak 546 jenis acara untuk 17 sukan dipertandingkan di...

‘Beauty Mistakes’ Punca Masalah...

Memiliki kulit yang bersih dan mulus adalah idaman setiap wanita dan lelaki, dan untuk...

Pemandu Mabuk: Kerajaan Usul...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengusulkan had kandungan alkohol dalam darah, air kencing...

AELB Nafi Lynas Mohon Kekal Kemudahan Larut Lesap Di Kuantan

Syarikat pelombong Australia, Lynas, dikatakan meminta kerajaan untuk mengetepikan syarat penting dalam lesen operasi untuk mereka yang akan tamat pada Mac 2023.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Syarat yang ditetapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu ialah memindahkan kemudahan operasi memproses sisa radioaktif larut resap – dikenali sebagai cracking and leaching yang menghasilkan sisa penulen lesap air (WLP) – ke luar Malaysia sebelum Julai 2023.

Bagaimanapun, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberitahu Malaysiakini setakat ini belum ada sebarang permohonan diterima daripada Lynas untuk memperbaharui lesen berkenaan.

“Syarat untuk lesen Lynas kekal seperti sebelum ini. Tiada perubahan kepada keperluan yang ditetapkan, termasuk syarat tambahan yang memerlukan Lynas menjalankan proses cracking and leaching di luar negara,” katanya.

Perkembangan itu berlaku selepas sumber mendedahkan Lynas ada membuat permintaan mengenai syarat tersebut kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba menjelang Aidilfitri lalu.

Lynas menyatakan syarat tersebut wajar diketepikan kerana Malaysia berdepan masalah kehilangan pekerja berkemahiran tinggi dan mengalami masalah ekonomi.


Malaysiakini telah menghubungi Adham dan Lynas untuk mendapatkan komen.

Bagaimanapun, setiausaha Adham berkata soalan itu perlu dirujuk kepada AELB, manakala Lynas masih belum menjawab pertanyaan Malaysiakini.

Sejak Lynas menubuhkan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) pada 2012, sisa radioaktif yang dihasilkan oleh syarikat itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada Ogos 2019, kerajaan PH bersetuju untuk melanjutkan lesen Lynas selama enam bulan lagi dengan tiga syarat, termasuk keperluan untuk memindahkan kemudahan cracking and leaching ke luar negara.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori