Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ahli Politik Mexico Terbunuh...

SEORANG ahli politik wanita terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Mexico. Nahas berlaku...

NGO: Fahami Penderaan Seksual...

KUALA LUMPUR - Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting...

Anggota Perhilitan Pantau Pergerakan...

GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menempatkan...

Kecederaan Anggota TLDM: 2...

LUMUT - Dua lagi lelaki ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes...

Amaran Tsunami Dikeluarkan Susulan Gempa Bumi Di Rantau Timor

JAKARTA: Sistem Amaran dan Tebatan Tsunami Lautan Hindi (IOTWMS) mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda pantai Timor Timur, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kumpulan penasihat Tsunami turut memaklumkan gempa bumi itu mungkin berupaya menghasilkan gelombang tsunami hingga boleh menjejaskan rantau Laut Hindi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan, gempa berlaku pada kedalaman 51.4 kilometer dari hujung timur Pulau Timor yang terbelah antara Timor Timur dan Indonesia.

Timor Timur terletak di Lingkaran Api Pasifik sering mengalami gempa bumi.


Negara yang mempunyai populasi 1.3 juta orang adalah negara termuda di Asia Tenggara yang baru meraikan ulang tahun ke-20 kemerdekaannya.

Februari lalu, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter yang melanda Sumatera Utara mengorbankan sejumlah orang.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter melanda pantai Sumatera dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan 220,000 orang di seluruh wilayah itu, termasuk kira-kira 170,000 di Indonesia.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori