Penulis sama sekali tidak mempertikai kemahiran menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai suatu kelebihan.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bagaimanapun janganlah sesekali merendah-rendahkan bahasa Kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.
Usaha memperkasakan bahasa Melayu di peringkat global tidak harus dianggap sebagai syok sendiri.
Apatah dikata akan ‘mencederakan’ negara, berfikiran mundur, menjadikan Malaysia birokrasi ‘pariah’ di Asean.
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) pernah berkata, tiada negara dan tamadun di dunia maju dengan menggunakan bahasa orang lain.
Malah ada negara yang menjulang bahasa orang lain berpuluh-puluh tahun tidak juga maju hingga sekarang.
Menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa tidak semestinya bermaksud tidak mahir berbahasa Inggeris.
Ia sekadar suatu langkah kecil untuk menjulang bahasa Melayu di pentas dunia kerana ada sebahagian penduduk dunia tidak pernah pun mendengar bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris walaupun bermanfaat untuk dikuasai bukan penentu utama maju atau mundur sesebuah negara.
Yang memajukan sesebuah negara adalah kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyatnya.
Pemimpinnya tidak berbohong kepada rakyat, membuat fitnah, manifesto bukan kitab suci dan menabur janji palsu untuk menang pilihan raya.
Tidak manipulasi undang-undang, menipu Parlimen dan menyanggah Perlembagaan Negara demi mempertahankan kuasa.
-Mynewshub