Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,148 orang daripada...

Ini Dia.. Roti Perancis...

Milan - Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“baguetteƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢...

Seramai 447 Mangsa Banjir...

KUANTAN - Seramai 477 mangsa banjir di Pekan masih ditempatkan di tiga pusat...

Raja Azmi Akui Sudah...

Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman,...

AS Berkabung Catat Sejuta Kematian Akibat COVID-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkabung memperingati kehilangan sejuta nyawa rakyatnya kepada COVID-19, dengan Presiden AS, Joe Biden, menyifatkannya sebagai tragedi kemanusiaan terbesar.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

AS terus kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat coronavirus dengan mencatat 84,066,379 kes jangkitan dan 1,026,109 kematian setakat ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, Biden menyifatkan setiap kehilangan nyawa itu sebagai sesuatu yang tiada galang ganti.

“Setiap nyawa ini meninggalkan sebuah keluarga, satu masyarakat dan negara ini berubah buat selamanya akibat pandemik ini.

“Namun, negara kita tidak boleh tergugat akibat pandemik ini. Walaupun kita bersedih jangan alpa terhadap ancaman wabak ini,” katanya.


Biden juga menggesa segala usaha dilakukan bagi menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa kerana kini sudah ada lebih banyak kaedah bagi ujian, penghasilan vaksin dan rawatan berbanding awal pandemik.

“Adalah kritikal bagi Kongres terus membiaya keperluan sektor ini pada masa akan datang,” katanya.

Data terkini menunjukkan jangkitan COVID-19 global kini sudah menghampiri 520 juta jangkitan termasuk hampir 6.3 juta kematian di 226 negara serta wilayah di seluruh dunia, sejak COVID-19 mula dikesan pada akhir 2019 di Wuhan, China.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori