Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ronaldo Ceriakan Penyokong Juve

TURIN - Cristiano Ronaldo menandakan kemunculan sulungnya untuk Juventus dengan meledak gol ketika...

Lelaki Dipenjara 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR : Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan...

Pelancong China Merokok Dalam...

TAWAU – Seorang pelancong warganegara China didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah...

PM Menghadap Yang Di-Pertuan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima...

Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Putatan

PENAMPANG: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini sejak beberapa jam lalu menyebabkan beberapa lokasi di Putatan dilanda banjir kilat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Difahamkan, hujan lebat berkenaan turut mengakibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo, di sini, dinaiki air.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Putatan berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dikerahkan bagi memantau keadaan semasa.

Katanya, setakat ini, paras air Sungai Moyog masih berada dalam paras terkawal dan kini mencatatkan ketinggian 4.57 meter.

“Pihak APM Putatan sudah membuat pemantauan di beberapa kawasan ‘hotspots’ di daerah Putatan yang sering dinaiki air.


“Antara kawasan yang dipantau adalah Jalan Limpodsu-Tombovo, Jalan Ketiau dan Jalan Lembising,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga jalan berkenaan sudah dinaiki air hampir satu meter dan hanya boleh dilalui kenderaan besar atau pacuan empat roda.

Katanya, setakat ini, tiada jalann yang terputus dan tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka.

“Sebarang perkembangan keadaan banjir di daerah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya,

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori