Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

RapatkanSaf Satukan Ummah Melalui...

Konsert RapatkanSaf anjuran TV Alhijrah merentas sejarah media penyiaran tanahair apabila disiarkan serentak...

Banjir Di Johor Berakhir,...

Johor Bahru : Selepas lebih empat minggu berlindung, seramai 141 mangsa banjir di...

Trump Sah Tiada Masalah...

WASHINGTON DC - Presiden Donald Trump disahkan tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau...

Umno Sangkal Dakwaan Adun...

Umno hari ini menyangkal dakwaan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, yang menuduh Perdana...

Bella Sertai Kanak-Kanak Istimewa Dirai TMJ Di Legoland

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyantuni kanak-kanak istimewa, termasuk seorang remaja perempuan ‘sindrom down’ yang dikenali sebagai Bella di taman tema Legoland Malaysia Resort di Iskandar Puteri, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Berangkat sama, isteri baginda, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail mengharapkan kanak-kanak itu menikmati masa mereka sepanjang berada di taman tema berkenaan.

“Semoga ini dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka. Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” titah baginda.


Kes Bella meraih perhatian masyarakat sejak tular menerusi media sosial tahun lalu, selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Susulan itu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori