Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

HULU TERENGGANU - Gangguan bekalan air di 51 kawasan penempatan di daerah Hulu...

PKP Fasa Empat Benarkan...

SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat yang bermula hari...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Laut...

Suntikan Vaksin Pneumokokal Percuma...

IPOH - Suntikan vaksin pneumokokal secara percuma akan dilaksanakan bulan Jun tahun ini...

‘Bincang Dengan PBB Sebelum Keluarkan Kad Pelarian Sendiri’

Kerajaan harus mengusahakan perbincangan bagi menyelesaikan pertikaian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebelum mengeluarkan kad pelarian sendiri, kata Kumpulan Ahli Parlimen Malaysia Untuk Reformasi Tahanan (APPGM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusinya Ahmad Tarmizi Sulaiman (Perikatan Nasional-Sik) berkata terdapat kesan besar untuk dipertimbang jika kerajaan mahu meneruskan tindakan itu.

“Jika UNHCR tidak dijadikan rakan (dalam mengiktiraf pelarian) di Malaysia, bagaimana perkara ini akan jejaskan hubungan kita dengan PBB ,” katanya kepada Malaysiakini.

Jumaat lepas, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata Malaysia merancang untuk mengeluarkan kad pelarian sendiri bagi memudahkan tindakan bagi memutuskan siapa yang dibenarkan tinggal di negara ini.


Amalan semasa, pelarian boleh mendapatkan kad daripada UNHCR.

Undang-undang Malaysia tidak mengiktiraf pelarian dan tidak menandatangi perjanjian antarabangsa berkaitan pelarian.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori