Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Singapura Cemas Kes Pertama...

SINGAPURA - Selepas dikesan di Indonesia dan Thailand, akhirnya Kementerian Kesihatan (MOH) dan...

Jangan Berhenti Rakam Gambar...

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai,...

Pelari Cacat Ditawar RM227K...

SINGAPURA - Selang empat hari menyambut Syawal, pelari berkaki prostetik atau Blade Runner...

Eropah Pertahan Kejuaraan, Asia...

SHAH ALAM - Pasukan Eropah yang diterajui Thomas Bjorn berjaya mengatasi cabaran sengit...

Bot Tunda Karam, Tiga Kru Dilaporkan Hilang

KOTA KINABALU: Tiga kru bot tunda dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam yang berlaku di perairan Pulau Mantanani, Kota Belud semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, ketiga-tiga kru warga tempatan yang berusia 22 hingga 31 tahun dilaporkan hilang apabila bot tunda dinaiki dipercayai karam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) mengaktifkan operasi Carilamat bagi mengesan bot tunda Mega Jaya 2 yang dipercayai karam pada jarak 35 batu nautika barat laut, Pulau Matanani.

Tiga kru yang hilang dikenali sebagai Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan Yee Lih Min, 22.

Sebaik sahaja laporan polis dibuat pada pukul 9.30 malam oleh pemilik bot tunda, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sabah terus mengaktifkan operasi Carilamat pada pukul 11 malam dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan dan pencarian awal.


“Operasi Carilamat disambung semula pada pagi ini dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kawasan pencarian Megah Jaya 2 terbahagi kepada tiga sektor dengan keluasan 176 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd. Rosli menyarankan orang awam yang mempunyai petunjuk berkaitan kes itu diminta tampil menyalurkan maklumat ke Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 088-387774.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori