Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pindaan 2 Akta Bukan...

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi...

BN Johor Pastikan Calon...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada...

Ibu Puteri Balqis Tolak...

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk...

‘Flight Delay’, PC Istimewa...

SIDANG media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat...

Cabul : Polis Terima Empat Laporan Terhadap Jurulatih Wushu

PETALING JAYA : Polis setakat ini menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak melibatkan seorang jurulatih wushu yang ditahan apabila disyaki melakukan amang seksual terhadap atletnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dua laporan dibuat di Kuala Lumpur manakala dua lagi di Selangor.

Katanya, laporan diterima daripada dua mangsa perempuan berusia 12 dan 13 tahun yang mendakwa dicabul jurulatih wushu di sebuah akademi di Cheras.

“Kita menerima dua laporan daripada dua mangsa perempuan berusia 12 dan 13 tahun yang mendakwa dicabul jurulatih wushu di sebuah akademi di Cheras.

“Kejadian dipercayai berlaku beberapa kali namun mangsa mendiamkan diri kerana takut dan hanya menceritakan kejadian kepada ibu bapa pada bulan lalu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Habibi berkata, suspek kemudian ditahan polis Kuala Lumpur Isnin lalu dan direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Ujarnya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mengajak mangsa keluar bersiar-siar dengan menaiki keretanya sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam kereta.

Katanya, setakat ini kertas siasatan kes berkenaan hampir selesai dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.

“Jika perlu keterangan lanjut, kemungkinan polis akan mohon sambung reman suspek, namun jika sudah cukup keterangan, suspek akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, jurulatih wushu ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas atlet di bawah kendaliannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Taman Kajang Mewah, Selangor pada 11 Mei lalu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori