Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skuad Tinju Tekad Sumbang...

KUALA LUMPUR - Skuad tinju kebangsaan bertekad untuk menyumbangkan pingat pada Sukan SEA...

DAP Masih Berteka-Teki Tanding...

PETALING JAYA : DAP masih berteka-teki mengenai dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

Sumbangan Keusahawanan Cina Terhadap...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperakui sumbangan...

Pelancong Ke Melaka Meningkat...

ALOR GAJAH - Jumlah kedatangan pelancong ke Melaka mencatatkan peningkatan 4.3 peratus kepada...

Cacar Monyet: Pengawasan Pintu Masuk Negara Dipertingkatkan

Bagan Serai : Kerajaan akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa bagi memastikan penularan virus cacar monyet yang kini berlaku di luar negara tidak merebak masuk ke Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta mengumpul sampel dan mengenal pasti penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penyakit itu.

Menurutnya, ujian saringan termasuk pemeriksaan suhu akan ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa.

“KKM sentiasa berwaspada dengan penyebaran sebarang virus di negara ini.

“Untuk virus Monkeypox atau cacar monyet ini kita lebih berhati-hati di pintu masuk seperti di Kuala Lumpur International Airpot dan sebagainya.


“Orang yang datang dari negara Eropah atau negara yang ada kes, maka kita akan beri lebih perhatian dan kita akan periksa tahap kesihatan dan buat saringan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pusat Transformasi Perikanan (FTC) My Komuniti Perikanan di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah, di sini,hari ini.

Menurutnya, tiada kes cacar monyet dicatatkan sehingga kini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan di seluruh dunia dan cacar monyet menyerang bebeapa negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori