Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KRT Digalak Bergiat Aktif...

SEREMBAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini digalakkan aktif mengadakan program...

Mafia Upah 5,000 Euro...

GENTAR... Sebuah kumpulan mafia di Itali baru-baru ini menawarkan upah wang tunai terhadap...

Fara Mendoza Kemalangan, Hanya...

PELAKON baru Fara Mendoza dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya, baru-baru ini seperti mana...

Hati Saya Tetap Dengan...

KUALA LUMPUR - "Jika diberi pilihan untuk bekerja kembali, saya akan terus memilih...

CFA Bakal Pacu Transformasi Digital Sektor Awam

Putrajaya : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan pertukaran dokumen Cloud Framework Agreement (CFA) antara kerajaan dan empat penyedia perkhidmatan awan (CSP) di sini, tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pertukaran dokumen itu adalah antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Urusan Malaysia (MAMPU) dengan Telekom Malaysia Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd, dan Google Cloud Malaysia Sdn Bhd.

Menurut kenyataan MAMPU, CFA itu bertujuan memacu transformasi digital sektor awam seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Induk (Blueprint) Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

Perkhidmatan itu dijangka berupaya mengoptimumkan sumber kerajaan dan mobiliti bekerja dalam persekitaran digital bagi membolehkan proses kerja dan urus niaga tanpa kertas yang lebih berkesan secara ‘End-to-End’.

“Bagi memastikan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dapat dimanfaatkan oleh seluruh agensi sektor awam, kerajaan mengambil langkah strategik dengan menaiktaraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam yang dikenali sebagai MyGovCloud.


“Perkhidmatan di MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh Cloud Service Provider (CSP) yang dilantik Kerajaan,” katanya.

Melalui majlis itu, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Yusof Ismail, bertukar dokumen perjanjian dengan wakil dari empat anak syarikat CSP, iaitu Radmik Solutions Sdn Bhd di bawah Amazon, Cloud Connect Sdn Bhd (TM), Enfrasys Solutions Sdn Bhd (Microsoft), dan Awantec System Sdn Bhd (Google).

Menurut kenyataan itu lagi, CFA menjadi platform menerangkan inisiatif yang diambil krajaan untuk manfaat kementerian dan agensi sektor awam; selain meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat dan berpacukan data.

Malah, ia meningkatkan tahap keyakinan pemegang taruh terhadap keberkesanan penggunaan pengkomputeran awan dalam transformasi digital kerajaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori