Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Impian Syafie Naswip Beli...

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah...

Serah Dokumen, DNA, Bedah...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 25 Oktober...

TNB Tidak Lagi Terima...

SEMUA kaunter kaunter dan kios pembayaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi menerima...

RM100,000 Dilarikan 4 Penyamun

Serdang - Pemilik premis pengurup wang kerugian RM100,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan...

Covid-19: 2,107 Kes Baharu Pada Sabtu

Kuala Lumpur : Kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 2,107 kes dilaporkan, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menerusi data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,448,004 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Pada masa sama, sebanyak 6,890 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,366,951 kes pulih daripada jangkitan Covid-19, setakat ini.

Sebanyak lima kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, dengan tiada kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).


Sehingga 11.59 malam semalam, sejumlah 2,091 kes membabitkan penularan tempatan dengan 16 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Secara keseluruhannya, sehingga kini terdapat 97.2 peratus bersamaan 44,214 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 2.6 peratus atau 1,190 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Sebanyak 33 atau 0.1 peratus kes daripada jumlah keseluruhan kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Unit Rawatan Rapi (ICU) (24 kes), dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (45 kes).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori