Sebanyak 1,155 es baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,503,734. Jumlah jangkitan itu adalah yang terendah sejak 4 Mei lalu atau 89 peratus lebih rendah berbanding dua minggu lalu.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 24,393, iaitu turun 21 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:
Selangor (520)
Kuala Lumpur (185)
Pulau Pinang (90)
Perak (81)
Johor (47)
Negeri Sembilan (42)
Sabah (39)
Kedah (34)
Melaka (34)
Putrajaya (29)
Sarawak (27)
Pahang (13)
Kelantan (5)
Perlis (4)
Terengganu (4)
Labuan (1)
Sebanyak 5 lagi kematian dilaporkan, dengan 1 kes mati ketika dibawa ke pusat kesihatan atau BID. Dua kematian dilaporkan di Sarawak dan masing-masing satu di Perak, Perlis dan Selangor.
Sejak minggu lalu, purata 3.1 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 4.1, yang menunjukkan trend penurunan.
Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,665 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Sebanyak 939 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 34 daripada mereka berada di wad rawatan rapi.
-Malaysia Kini