Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bantah Kerajaan Filipina Dengan...

MENGEJUTKAN dan memalukan namun bagi 90 pelajar lelaki di Filipina ini, berlari bogel...

Kedudukan JKKK : Pahang...

KUANTAN - Kerajaan negeri mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu berkaitan kedudukan...

Bas Pelancong Terbalik, 30...

SUNGAI BULOH - Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut...

Dr Yaakob Sapari Di...

KUALA LUMPUR - PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota...

Cubaan Bunuh Diri Di Selangor Serius

SHAH ALAM: Kes cubaan bunuh yang berlaku pada akhir-akhir ini dianggap serius selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor melaporkan menerima 38 panggilan berkenaan insiden tersebut sejak Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kes berkenaan adalah warga tempatan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Bagaimanapun daripada jumlah panggilan yang diterima, sebanyak 32 kes berjaya diselamatkan pihaknya manakala enam lagi kes, individu berkenaan maut apabila anggota bomba sampai ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bomba Selangor di Ibu pejabat JBPM Selangor, hari ini.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Jelas beliau, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati kebanyakan individu terbabit berbuat demikian disebabkan masalah kewangan, mental serta percintaan.


“Jadi semasa anggota saya nak selamatkan individu ini, mereka perlu melakukan operasi secara berhati-hati serta mempunyai teknik psikologi yang baik supaya si mangsa tidak terjun.

“Petaling merupakan daerah yang paling banyak kita terima panggilan kes ini, namun saya tidak mempunyai jumlah tepat panggilan yang diterima pihak bomba,” jelasnya.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita membuat percubaan untuk membunuh diri dari sebuah bangunan di Seksyen 7, Shah Alam.

Namun anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam berjaya menghalangnya daripada berbuat demikian setelah memujuknya bagi membatalkan hasratnya itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori