Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Orang Asli Teruja...

BIARPUN kedinginan awal pagi di Cameron Highlands cengkam tulang, kelihatan beberapa penduduk gigih...

Kementerian ‘Tidak Pasti’ Harga...

PIHAK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ‘tidak pasti’ harga gula...

Keselamatan Sekolah Pondok, Maahad...

GURUN - Tahap keselamatan di semua sekolah-sekolah pondok dan maahad-maahad tahfiz berdaftar, di...

Bahasa Melayu Dalam Urusan...

KUALA LUMPUR: Langkah berani yang diambil oleh kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu bagi...

DBKL Laksana 14 Tindakan Segera Tangani Banjir Kilat Di 25 ‘Hotspot’

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan 14 tindakan khusus bagi menangani segera masalah banjir kilat di 25 kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata ia akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan hingga Julai depan melalui Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022 dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Beliau berkata, pelan tindakan terbabit akan berpandukan ramalan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Tindakan berkenaan termasuklah memastikan saluran keluar air larian ke longkang tepi jalan, tidak tersumbat atau terhalang. Kerja pemantauan dan pembersihan ini akan dilakukan setiap hari oleh pasukan khas DBKL.

“Seterusnya, menaik taraf ‘scupper drain’ (saluran masuk air) di semua kawasan ‘hotspot’, meliputi melebarkannya antara satu hingga dua kaki mengikut keperluan, membaik pulih serta memastikan kecerunan saluran dalam keadaan memuaskan.

“Kerja-kerja ini sudah dimulakan di beberapa ‘hotspot’ seperti Jalan Brunei, Jalan Pudu, Jalan Changkat Tambi Dollah, hadapan Balai Polis Salak Selatan, Jalan Antoi, Jalan Pintasan Segambut, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Maharajalela dan Bulatan Dato Onn,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahadi berkata, tindakan lain termasuk menempatkan bilangan jentera dan petugas mencukupi di lokasi ‘hotspot’; mengenal pasti laluan lencongan yang perlu dibina serta-merta bagi mengelakkan kenderaan terperangkap dalam banjir.


Membina ‘sump’ baharu bagi menyalurkan air ke longkang tepi jalan sedia ada; meletakkan guni pasir di kawasan rendah di tepi sungai bermula Jumaat lalu; melaksana kerja mengeluarkan kelodak di kolam takungan banjir di Lorong Maarof, Jalan Travers dan Universiti Malaya.

Memastikan tangki ‘On Site Detention’ (OSD) milik persendirian berfungsi; memastikan sungai dan saluran air tidak terhalang sampah, akar pokok atau tumbuhan liar; menggunakan lebih banyak ‘stone mastic asphalt’ (SMA), iaitu material resap air, untuk permukaan dan turapan jalan.

Menjadikan aktiviti ‘plogging’ sebagai aktiviti rutin; menambah kawasan Zon Bebas Sampah di Kuala Lumpur; dan mengeluarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) amaran banjir kilat kepada semua pemilik telefon bimbit yang berada dalam kawasan ibu kota.

Mahadi berkata, DBKL sekali gus berharap seluruh warga kota dapat memberi kerjasama dalam pelaksanaan pelan tindakan itu, terutama mengelakkan pembuangan sampah merata-rata khususnya ke dalam sistem saliran.

“Pembekal utiliti juga diminta tidak menjadikan longkang sebagai laluan kabel serta paip utiliti mereka yang boleh menyebabkan aliran air terhalang dan menyumbang berlakunya banjir kilat,” katanya.

Bagi langkah penyelesaian jangka panjang pula, beliau berkata, pihaknya sudah melantik Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) bagi melaksanakan kajian berkaitan selama 12 bulan dan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori