Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lydiawati Mengaku Tak Bersalah...

PELAKON Lydiawati hari ini mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap...

Saudi Jel, Sebat Buruh...

MAKKAH - Hampir 50 buruh warga asing dihukum penjara dan sebat oleh pihak...

Salleh Mudahkan Usaha Sabah...

KOTA KINABALU - Keprihatinan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said...

Gambar: Kronologi Penemuan Kubur...

SEPANJANG bulan Mei ini, pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama...

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai emas dekat Dataran Palma, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.41 tengah hari itu, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki dipercayai warga tempatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan berjaket gelap meluru masuk ke dalam premis.

Kata beliau, mereka kemudiannya melompat ke bahagian dalam lalu menuju ke arah kaunter.

“Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang dipamerkan di belakang dinding premis sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek tidak bersenjata dan kesemua pekerja juga tidak dicederakan.

Beliau berkata, semasa kejadian, kesemua pekerja berlindung di sebalik stor dalam kedai emas berkenaan.

“Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan,” jelasnya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori