Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Negara Miskin Tolak 100...

BRUSSELS: Negara miskin menolak lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 yang diedarkan menerusi...

Semua Ahli Parlimen Wajib...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, semua...

Penganggur Pecahkan TV Jiran...

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang membaling kerusi ke arah televisyen jirannya sehingga...

Bayi Lima Bulan Maut,...

SETIU - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah...

Dua Maut, 120 Cedera Letupan Tong Gas Di Abu Dhabi

ABU DHABI: Dua orang maut manakala 120 lagi cedera dalam satu kejadian letupan silinder gas di sebuah restoran di ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menurut polis, laporan awal menunjukkan 120 orang cedera termasuk 64 mengalami kecederaan ringan dan dua orang maut.

Letupan itu mencetuskan kebakaran dan menjejaskan kira-kira enam bangunan dan beberapa premis perniagaan sebelum berjaya dipadamkan.

Tambah polis, penduduk yang berada di empat bangunan yang rosak berjaya dipindahkan secara selamat.

“Usaha sedang dijalankan untuk mencari kediaman sementara bagi penduduk berkenaan sehingga bangunan tersebut selamat sepenuhnya,” jelas laporan itu.


Beberapa gambar yang dikeluarkan oleh polis Abu Dhabi menunjukkan pasukan perkhidmatan kecemasan merawat mangsa atas jeriji dengan serpihan dan kaca pecah bertaburan di serata tempat.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu akhbar The National, dia terdengar dua bunyi letupan sekitar waktu tengah hari.

“Bunyi letupan pertama tidak terlalu kuat dan orang ramai mula menghubungi bomba dan polis.

“Kemudian, satu lagi letupan besar berlaku sehingga menggegarkan tingkap bangunan malah beberapa cermin tingkap bilik pejabat turut pecah,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori