Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Raihan Antara 500 Muslim...

KUMPULAN nasyid terkenal, Raihan, diiktiraf di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di...

Polis Selamatkan 14 Buruh...

KLANG: Polis menyelamatkan 14 wanita Indonesia yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam...

10 Remaja Didakwa Rogol...

TAIPING – Seramai 10 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari...

“Saya Tidak Akan Tunduk...

TAWAU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada...

Duda Ditahan Bersama 10.4kg Syabu Bernilai RM360,000

Kota Kinabalu : Seorang duda ditahan bersama 10 bungkus dadah jenis Methamphetamine atau syabu seberat 10.4 kilogram bernilai kira-kira RM360,000, Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di kawasan perumahan Taman Sri Rugading, Tuaran, jam 10 malam.

“Suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Prado ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Pemeriksaan menemui satu kotak berisi 10 bungkus plastik teh Cina berisi syabu dalam kenderaan itu,” katanya pada sidang media di IPK Sabah hari ini.

Hadir sama Ketua JSJN Sabah Asisten Komisioner Lam Thiam Huat.

Jauteh berkata, siasatan mendapati, syabu terbabit diseludup dari Kuala Lumpur dengan menggunakan khidmat kurier untuk pasaran Sabah.


“Tangkapan dan rampasan ini mungkin ada kaitan dengan sindiket yang ditumpaskan sebelum ini.

“Syabu ini cukup untuk menampung kegunaan hampir 50,000 penagih,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan dua individu sedang dikesan kerana turut terbabit dalam kegiatan itu.

“Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori