Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Persoal Kod Etika...

MUAR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pihak...

Terus ‘Jaga’ Keluarga Walaupun...

JASIN - Muhammad Haiqal Roslan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di...

Iktiraf UEC Dedah Penipuan...

SEPANJANG beberapa tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan mengecam Datuk Seri...

Rantai Anak Setahun Hingga...

POLAND – Seorang wanita yang mengalami masalah mental, telah merantai anak perempuannya yang...

Empat PATI Tangkap Ikan Di Zon Larangan Ditahan

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak menahan dua bot nelayan tempatan kerana menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan menangkap ikan di zon larangan dalam dua tangkapan pada Sabtu lalu dan semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam tangkapan sekitar perairan Pantai Remis dekat sini awal pagi semalam, sebuah bot pukat tunda tempatan dikesan menangkap ikan pada kedudukan tujuh batu nautika barat daya Sungai Belukang.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tekong bot itu warga Myanmar tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pada pukul 9.40 pagi Sabtu pula, kami mengesan sebuah bot pukat tunda menangkap ikan pada kedudukan 7.5 batu nautika Pulau Pasir Hitam dekat Kuala Terong, Trong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mohd. Hambali, bot itu dikendalikan tiga kru warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri. Jelas beliau, kedua-dua bot itu melakukan aktiviti perikanan di bawah lapan batu nautika dengan tidak mematuhi kebenaran syarat sah lesen.

Katanya, semua empat kru yang ditahan dari dua bot nelayan tempatan itu berumur lingkungan 40 hingga 55 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.

“Bot serta empat tahanan kru warga asing bersama anggaran 130 kilogram hasil tangkapan diiring ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan, untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori