Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rasuah: 3 Lelaki Dibebaskan...

IPOH - Tiga lelaki termasuk seorang warga Pakistan yang direman sejak Jumaat lepas...

UTP Lahirkan Siswazah Serba...

KUALA LUMPUR - Kebolehan tinggi untuk melakukan penyelidikan dan penambahbaikan ranking akan membantu...

Empat Warga Emas Sesak...

BUTTERWORTH - Empat penghuni rumah jagaan warga emas di Jalan Raja Uda di...

FOB Untuk Polis Marin...

SEMPORNA - Kerajaan diharap dapat meneruskan projek-projek keselamatan dalam membantu mengukuhkan keadaan keselamatan...

Gangguan Seksual: Jurulatih Wushu Mengaku Tidak Bersalah

PUTRAJAYA – Seorang jurulatih wushu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan bawah umur yang juga seorang pelatih di bawah kendaliannya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tertuduh, Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, yang memakai baju T berwarna putih dan berkemeja biru itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Aima Nadzihah Wan Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa berusia 13 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 11 hingga 19 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, Selangor.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang jurulatih wushu ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas atlet di bawah kendaliannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Taman Kajang Mewah, Selangor pada 11 Mei lalu.

Sementara itu, polis Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak melibatkan seorang jurulatih wushu yang ditahan apabila disyaki melakukan amang seksual terhadap atletnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori