Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lebihan 20,000 Undi Disyaki...

KUALA LUMPUR - Kewujudan lebihan 20,000 undi dalam Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan...

Polis Buka Siasatan Kes...

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan kes Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa...

Wanita Hilang Anak Akibat...

KUNAK - Seorang ibu yang kehilangan anak perempuan berusia sembilan tahun pada 15...

Permohonan MyKid Dibuka Semula...

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)...

Gerimis Mengundang

Dua sidang media secara berasingan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) semalam menimbulkan keraguan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Satu oleh DAP mengenai sekatan eksport ayam dan satu lagi oleh PAN mengenai gaji minimum.

Meragukan kerana mereka menghentam dasar kerajaan sedia ada dalam dua isu tersebut.

Bukankah kerajaan campuran sedia ada ini yang mereka pertahankan supaya tidak diadakan PRU-15?

Bukankah ini kerajaan campuran yang mereka kata telah menandatangani MoU persepakatan?

Mengapa perlu mengadakan sidang media menghentam kerajaan yang mereka sendiri pertahankan?

Jika sudah ada MoU sepatutnya sebarang perbezaan pendapat dirungkai di meja perbincangan.

Bukan memanggil pemberita dan mengumumkan dasar kerajaan sedia ada lemah lagi menyusahkan rakyat.

Jika ini kerajaan yang lemah dan menyusahkan rakyat sepatutnya PH menggesa ia dibubarkan.

Justeru amat meragukan niat sebenar PH mempertahan kerajaan sedia ada, tetapi dalam masa sama dihentam.


Mungkin PH lihat kerajaan campuran kerajaan yang tidak stabil dan ketidakstabilan menguntungkan PH.

Membolehkan PH untuk tampak hero dan hebat di mata rakyat disebabkan kerajaan yang ada tidak stabil.

Ini ibarat memberi sedekah kepada si miskin dan kemudian mengutuk si miskin lemah dan tiada masa depan.

Ini ibarat memberi seseorang hadiah hari jadi, tetapi dalamnya berisi bom untuk melebur dan menghancurkan.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu waspada.

Perlu berhati-hati dengan tipu muslihat PH dalam menyokong kerajaan pimpinannya.

Apatah sebahagian anggota Kabinetnya dalam kalangan musuh politik UMNO.

Jangan sampai disangka panas hingga ke petang, rupanya gerimis mengundang di tengah hari.

-Mynewshub

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP
  • PH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori