Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Helah Si Pencuri Kasut...

KUALA LUMPUR - Sengaja mengunci diri di dalam tandas selama hampir satu jam. Itu...

Video: Lelaki Lembut Meraba...

PERBUATAN seorang lelaki lembut yang meraba seorang pengguna lelaki di dalam tren berjaya...

Malaysia, Indonesia Setuju Gunakan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden...

Sindiket Ah Long Raih...

KUALA LUMPUR - Sindiket Ah Long berpangkalan di Johor meraih sekurang-kurangnya RM3 juta...

Hampir Sejuta Penduduk Kanada Bergelap Tanpa Bekalan Elektrik

OTTAWA: Hampir 900,000 kediaman di Kanada terputus bekalan elektrik selepas ribut kencang melanda wilayah Ontario dan Quebec.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Polis di wilayah Ontario mengesahkan tujuh orang terbunuh akibat dihempap pokok tumbang.

Mangsa kelapan merupakan seorang wanita yang lemas apabila bot dinaikinya terbalik di Sungai Ottawa, berhampiran Gatineau, pinggir bandar Quebec.

Menurut laman sesawang Environment Canada, tiupan angin mencecah 132 kilometer sejam (km/j) ketika ribut.

Syarikat Hydro One memaklumkan pihaknya sedang berusaha memulihkan semula bekalan elektrik terputus di Ontario.


Jelasnya, ia akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk bekalan elektrik kembali seperti biasa.

Sementara itu, Hydro Quebec pula berkata, sebanyak 550,000 rumah terputus bekalan elektrik, dengan hampir 400,000 lagi masih mengalami gangguan tersebut.

Ribut kencang yang berlarutan selama lebih dua jam menumbangkan banyak pokok, menganggu lalu lintas dan merosakkan kediaman di wilayah tersebut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori