Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Penumpang British Airways Mengadu...

SYARIKAT penerbangan British Airways menerima aduan para penumpang kerana tidak menyediakan makanan yang...

Remaja Maut Ditembak Tentera...

BANDAR GAZA - Dua rakyat Palestin, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun, mati...

Songlap Duit: Netizen Persoal...

NAMPAKNYA, kemelut isu pertikaian wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa nahas Lebuhraya...

Setiausaha Agung MUDA Kena...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amir Abd Hadi akan...

Harga RON97 Naik Lagi, Terkini RM4.33 Seliter

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen kepada harga RM4.33 seliter berbanding RM4.31 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 25 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.


Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori