Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

16,000 Kematian, 372,000 Dijangkiti...

MOSCOW - Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 372,000...

Pesakit Mental Dipukul Hingga...

CHINA – Satu rakaman CCTV berjaya membongkarkan perbuatan kejam doktor dan jururawat di...

Kebakaran Hutan Di Simpang...

IPOH - Kebakaran hutan di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja,...

Lelaki Malaysia Disyaki Daesh...

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat Malaysia yang mempunyai...

Hujah Kek Ekonomi Syed Saddiq Ke Laut

Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam lebih baik usah ulas tentang Debat Perdana Najib Razak dan Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Cubaannya untuk senada dengan Anwar mengkritik pandangan Najib mengenai kek ekonomi sekadar memperlihatkan kejahilannya.

Seperti Anwar, beliau yang juga Presiden MUDA konon mempersoalkan adakah kek ekonomi dipotong secara adil kepada rakyat?

1) Ahli Parlimen Muar itu memberi contoh laporan media sebanyak 600,000 keluarga M40 telah tergelincir ke kategori B40.

Sebenarnya tiada kaitan sama ada kek ekonomi tidak dipotong secara adil dalam isu itu kerana situasi itu berlaku disebabkan pandemik Covid-19.

Semasa pandemik Covid-19, kek ekonomi negara telah mengecil disebabkan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) urus negara.

Kek ekonomi mengecil menyebabkan kek ekonomi yang boleh diagih kepada rakyat berkurangan sekaligus menyebabkan perkara tersebut.

Justeru, tiada kaitan antara 600,000 keluarga M40 telah tergelincir ke kategori B40 dengan kerajaan pentadbiran Najib Razak.

2) Syed Saddiq kata kek ekonomi tidak diagihkan secara adil kepada rakyat kerana harga barang naik.

Tetapi Syed Saddiq tidak nyatakan kenaikan harga barang berlaku secara mendadak sejak PH memerintah.

Puncanya disebabkan pelaksanaan cukai SST menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Berikut petikan artikel berhubung kenaikan harga barang semasa kerajaan PH dari sebuah portal berita:

– Kenaikan harga telur
Saifuddin Nasution – “Kementerian akan siasat.”
Salahuddin Ayub – “Ianya adalah perkara biasa disebabkan kenaikan bahan makanan ayam.”

– Kenaikan harga bawang 3 kali ganda
Saifuddin Nasution – “KPNHEP akan pantau kenaikan ini. Rakyat perlu tukar kepada bawang Holland.”

– Kenaikan harga ikan kembung
Salahuddin Ayub – “Saya pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut.”

– Kenaikan harga barangan kawalan
Saifuddin Nasution – “KPNHEP tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga barang kawalan. Kita akan siasat.”

– Kenaikan harga barang mentah dan basah menjelang Aidilfitri 2019
Saifuddin Nasution – “KPNHEP puas hati dengan trend semasa harga barang keperluan. Tiada kenaikan mendadak (kenaikan sedikit demi sedikit itu perkara biasa).”

– Kenaikan harga barang keperluan pada penghujung 2018 dan sepanjang 2019
Lim Guan Eng – “Kenaikan harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya tidak dapat dielakkan.”


3) Syed Saddiq kata kek ekonomi tidak diagihkan secara adil kepada rakyat kerana 10 tahun lepas gaji graduan RM2,000 kini RM2,000 juga.

Kenyataan ini paling tidak jujur. Perkhidmatan awam telah mengalami banyak peningkatan gaji di bawah pentadbiran Pak Lah dan Najib Razak.

Peningkatan gaji sejak 10 tahun lalu juga berlaku dalam sektor swasta termasuk dalam bidang-bidang profesional.

Jika masih berlaku gaji graduan RM2,000 oleh pemain sektor tertentu adalah diluar kawalan kerajaan yang mengamalkan ekonomi terbuka.

Kerajaan namun telah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan yang bermaksud gaji graduan pasti lebih tinggi.

Graduan masa kini malah memiliki opsyen untuk memilih pekerjaan disebabkan perkembangan pesat ekonomi gig di Malaysia.

4) Syed Saddiq kata kek ekonomi tidak diagihkan secara adil kepada rakyat kerana Malaysia suka buat projek biliun-biliun RM untuk kroni.

Rakyat Malaysia tahu yang suka buat projek biliun-biliun RM untuk kroni adalah idola Syed Saddiq iaitu Tun Mahathir Mohamad.

5) Syed Saddiq kata kek ekonomi tidak diagihkan secara adil kepada rakyat kerana kek rakyat kecil potong lima, kek elit politik 9 tingkat sorang satu.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Siapa pernah lupa zaman kerajaan PH projek-projek rakyat yang diusahakan Najib Razak dikhabarkan telah diagihkan kepada kroni-kroni.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membuktikan jurang pendapatan miskin dan kaya melebar pada 2019 semasa negara ditadbir kerajaan PH.

Sedangkan sepanjang Najib Razak menjadi Perdana Menteri Ke-6, jurang pendapatan golongan miskin dan kaya telah berjaya dikurangkan.

Ini bermaksud kek ekonomi telah diagihkan secara adil kepada rakyat semasa Najib Razak menerajui Malaysia.

Ternyata kek rakyat kecil potong lima, kek elit politik 9 tingkat sorang satu berlaku di zaman kerajaan PH. Kaya makin kaya, miskin makin miskin.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/709391/jurang-pendapatan-kaya-miskin-semakin-lebar

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori