Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keadaan Nur Rozi Bertambah...

KUALA LUMPUR - Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat...

1,000 Dijangka Hadiri Makan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,000 bekas pelajar sekolah Victoria Institution dijangka menyertai Majlis...

Terhantar Gambar Lucah Di...

SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di...

Ibu Durjana ‘Jual’ Anak...

PADAH 'menjual' anak untuk kesenangan hidup, seorang pembantu rumah berdepan tindakan undang-undang selepas...

Ibu, Nenek Saudara Direman 4 Hari Bantu Kes Dera Dua Beradik

GEORGETOWN: Ibu dan nenek saudara kepada adik-beradik yang disyaki mangsa dera direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Reman ke atas suspek berusia 28 tahun dan 52 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan ke atas kedua-dua tangkapan tersebut akan dijalankan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-dua OKT (orang kena tahan) ditahan reman empat hari dan ditempatkan di Lokap Berpusat Bayan Baru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Terdahulu, polis dilaporkan menahan dua wanita terdiri ibu kandung dan nenek saudara kepada pasangan adik-beradik yang disyaki menjadi mangsa penderaan di sebuah flat di Air Itam, di sini.

Tangkapan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung satu hantaran dalam media sosial Facebook mengenai gambar dua kanak-kanak yang sedang makan di sebuah restoran dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Polis kemudian menemukan dua beradik tersebut di rumah berkenaan dan menjumpai kesan luka dan lebam pada bahagian muka dan badan disyaki akibat penderaan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori