Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Ringlet Diarah...

Tiga keluarga mangsa banjir di Kampung Baru, Ringlet, Cameron Highlands kini dilanda kebimbangan...

Kes Saman Anwar Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 April untuk mendengar kes...

Kematian Akibat Covid-19 Di...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan 110 kes kematian hari ini, membabitkan 95 warganegara...

Program Kenal Pasti Bakat...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan hari ini bersetuju untuk menyusun semula dan...

Identiti Mayat Dua Pendaki Dikenal Pasti

IPOH – Identiti dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Hutan Simpan Gunung Suku, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini minggu lalu sudah dikenal pasti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, anggota tubuh manusia yang dijumpai pada 16 Mei lalu milik See Su Yen, 32, manakala mayat Ng Yee Chew, 46, pula dijumpai pada Sabtu.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.


“Bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Kontinjen Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pasukan penyelamat yang melakukan operasi pencarian telah menemukan beberapa anggota tubuh manusia dan badan dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Siku.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori