Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Permainan Ramalan Di Laman...

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang...

Jerebu: Nelayan Pantai Di...

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan nelayan pantai di sini yang keluar menangkap ikan awal...

Ahli UMNO Wajib Pertahankan...

Desas desus pimpinan UMNO Pro-PPBM melobi UMNO Bahagian supaya mengemukakan usul pemilihan parti...

Al-Qaeda Di Yaman Ancam...

SALAH seorang pemimpin tertinggi Al-Qaeda di Yaman, Harith Al-Nadhari mengancam untuk melakukan serangan...

Israel Beritahu AS, Mereka Mendalangi Pembunuhan Kolonel Iran

NEW YORK: Israel memberitahu Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka bertanggungjawab membunuh seorang Kolonel Pengawal Revolusi Iran (IRG) minggu lalu, lapor The New York Times (NYT) semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kolonel Sayyad Khodai ditembak mati pada Ahad lalu oleh seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal, ketika beliau duduk di dalam kereta di luar rumahnya di Tehran.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan itu dan IRG menyalahkan pihak yang bergabung dengan keangkuhan global, merujuk kepada AS dan sekutunya termasuk Israel.

Semalam, NYT melaporkan bahawa, menurut seorang pegawai perisikan yang diberi taklimat mengenai komunikasi itu, Israel sudah memaklumkan kepada pegawainya bahawa mereka mendalangi pembunuhan itu.

Sumber itu, yang bercakap kepada NYT dengan syarat enggan dikenali, berkata Israel memberitahu pegawai AS, pembunuhan itu bertujuan memberi amaran kepada Iran untuk menghentikan operasi Pasukan Quds, cabang operasi luar negaranya.

Media rasmi Iran menyifatkan Khodai sebagai anggota Pasukan Quds.


Mereka sebelum ini melaporkan kolonel itu ‘dikenali’ di Syria, di mana Iran menyokong kerajaan Syria ketika perang saudara 11 tahun dan mengakui mengerahkan ‘penasihat tenteranya’ ke negara itu.

Ribuan orang menghadiri upacara pengebumian Khodai kelmarin, yang berlangsung di tengah Tehran.

Solat jenazah diimamkan oleh imam tertinggi di ibu negara dan jenazah Khodai ditutup dengan bendera Iran, diiringi poster yang memaparkan kematiannya sebagai ‘syahid’.

Pembunuhan Khodai dilakukan ketika rundingan antara Iran dan kuasa dunia lain untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015 yang tergendala sejak Mac.

Salah satu perkara penting berkait usaha itu ialah permintaan Tehran untuk mengeluarkan IRG daripada senarai pengganas AS, yang ditolak oleh Washington.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori