Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Taktik Laris, Guna Nama...

TEKNIK pemasaran yang unik dan lain daripada lain tidak dinafikan menjadi pemangkin kepada...

Gempar! Kejadian Tembak Menembak...

DUA mangsa ditembak individu tidak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan...

Kelasss…Rani Kulup Pasang Niat...

BARU-BARU ini Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Rani Kulup telah meluahkan hasratnya untuk...

Bujang Taha Masuk Hospital...

KUCHING - Bekas jaguh bina badan negara, Bujang Taha kini dirawat di Hospital...

Israel Dijangka Lulus Bina 4,000 Rumah Peneroka Haram Di Tebing Barat

BAITULMUQADDIS: Israel dijangka meluluskan rancangan untuk membina 4,000 rumah peneroka haram di Tebing Barat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lapor Al Jazeera, Menteri Dalam Negeri, Ayelet Shaked dalam ciapan mengesahkan jawatankuasa perancangan akan bermesyuarat minggu depan untuk meluluskan rancangan pembinaan rumah tersebut.

Shaked menyifatkan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat sebagai perkara yang asas dan diperlukan.

Akhbar Haaretz melaporkan Pentadbiran Awam Israel akan bertemu pada Khamis untuk meluluskan rancangan pembinaan 1,452 buah rumah dan baki 2,536 unit lagi akan diluluskan oleh Menteri Pertahanan, Benny Gantz.


Penempatan Israel diperkukuhkan lagi dengan pembinaan atas tanah Palestin yang dilihat melanggar undang-undang antarabangsa.

Seramai 600,000 hingga 750,000 peneroka haram Yahudi menetap di hampir 250 penempatan haram di Tebing Barat dan Baitulmuqqadis Timur.

Sekiranya diluluskan, ia bakal menjadi rancangan penempatan haram paling besar sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memegang jawatan tertinggi itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori