Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Belum Putuskan Calon...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) malam ini belum memutuskan calonnya yang akan...

Penyu Laut Terkecil Ditemui...

BATON ROUGE, LOUISIANA – Anak penyu Ridley Kemp iaitu spesies penyu paling kecil...

Piala AFF – Mengapa...

Sesuatu yang pelik berlaku pada final Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil malam...

PKR Sengaja Undang Simpati...

ANDAI benar khabar angin tentang penggantian anak kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri...

Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 Antara Perbincangan

KUALA LUMPUR : Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

“Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962.


“Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau turut berharap hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori