Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan Gas (Pindaan)...

Mimi Nikah Dengan Pensyarah...

PENYANYI wanita kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi mendedahkan dia bakal mendirikan rumah...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tetap melaksanakan kenaikan satu tangga gaji bagi 1.4 juta...

PAN Kelantan Ulang Tawaran...

KOTA BAHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menawarkan jawatan pengerusi parti...

Jerman Berisiko Hadapi Gelombang Muflis

FRANKFURT, JERMAN – Ketua Pegawai Eksekutif Commerzbank, Manfred Knof memberi amaran bahawa Jerman berisiko untuk berdepan dengan gelombang muflis akibat sekatan berkaitan peperangan Rusia-Ukraine yang dikenakan blok Eropah, lapor laman berita RT kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Bekalan tenaga di Jermain kini berdepan dengan risiko, rantaian bekalan sedang menghadapi masalah dan kita mengalami kadar inflasi yang tinggi,” kata ketua bank kedua terbesar di Jerman itu.

Menurut Knof, hampir satu pertiga daripada dagangan luar Jerman telah terjejas, sekali gus memaksa syarikat-syarikat untuk menyelesaikan isu-isu kompleks dengan pelanggan.

Ia termasuk peningkatan harga komoditi dan kesesakan yang dialami dalam rantaian bekalan.

“Kita tidak boleh terus menipu diri. Bilangan insolvensi dalam pasaran Jerman berkemungkinan akan meningkat beserta peruntukan risiko bank,” ujarnya.


Jumaat lalu, diplomat utama Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyatakan bahawa menteri-menteri luar blok itu akan mengadakan pertemuan minggu ini sekiranya ahli-ahlinya gagal mencapai persetujuan untuk mengenakan sekatan ke atas minyak Rusia pada hujung minggu lalu.

Brussels juga telah mengumumkan pelan-pelan berkaitan sekatan ke atas minyak Rusia pada awal minggu lalu. Langkah itu dijangka berkuat kuasa dalam tempoh sembilan bulan, dengan jangka masa berbeza bagi produk-produk petroleum yang berlainan.

Beberapa negara EU bagaimanapun mahu mengekalkan status berkecuali dalam sekatan tersebut termasuk Hungary, Slovakia dan Republik Czech.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori