Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Tun’ Dan ‘Mahathir’ Antara...

PUTRAJAYA - Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang...

ECRL Bakal Ubah Kehidupan...

PETALING JAYA - Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bakal mengubah kehidupan...

Jupe Demam, Tidak Berpeluang...

WALAUPUN hari ini merupakan pu­singan kedua pilihan raya ketua daerah (Pilkada), namun kemeriahan itu...

Pengasas Sate Kajang Hj....

KUALA LUMPUR - Pengasas Sate Kajang Hj. Samuri Datuk Samuri Juraimi meninggal dunia...

Jonathan Laidlaw QC Bakal Wakili Najib Dalam Rayuan Akhir SRC

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat mengambil khidmat peguam kanan (QC) daripada United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Laidlaw hari ini memfailkan permohonan supaya diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan.

Antara alasan dikemukakan Muhammad Shafee ialah peguam itu mempunyai kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak boleh didapati dalam kalangan peguambela dan peguamcara di negara ini.

“Rayuan terakhir kes SRC International membabitkan isu yang serius, kompleks dan novel iaitu cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan, cara pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, penghakiman kes mahkamah jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah.

“Pemohon (Laidlaw) adalah berkelayakan untuk diterima masuk bagi menjalankan amalan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya seperti diperuntukkan bawah seksyen 18(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk menjadi peguam utama bagi pihak perayu (Najib)dan apa-apa kausa,” kata Muhammad Shafee.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan Najib untuk mengambil khidmat QC pada penghujung Jun.


Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana. SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuannya berhubung pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkannya (Jho Low) menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori