Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nahas Bas: Laporan Awal...

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan mengeluarkan laporan...

Kripto Tidak Diiktiraf Mata...

KUALA LUMPUR : Kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di...

UPSI Bantu Tanam Minat...

TANJUNG MALIM — Arus pemodenan yang semakin pantas berkembang telah memperlihatkan minat belia...

APMM Tahan 4 Nelayan...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat...

Kad UNHCR Tidak Wajar Diberi Dengan Mudah

KLANG : Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) diingatkan tidak sewenang-wenangnya memberi kad perlindungan kepada pelarian Rohingya terutama menerusi persatuan tidak sah di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Amaran itu susulan wujud persatuan warga asing yang menggunakan surat rasmi bagi kad perlindungan itu termasuk melibatkan warga Indonesia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskannya, beberapa individu dikesan memiliki dokumen itu dalam satu operasi khas penguatkuasaan malam tadi.

“Bagaimana seorang warga Indonesia boleh mendapat kad UNHCR dan seolah-olah sah tinggal di negara ini?

“UNHCR tidak boleh mengeluarkan kad sewenangnya atas persetujuan persatuan Rohingya dan perlu memastikan individu itu benar-benar pelarian,” katanya selepas menyertai operasi itu di Pasar Besar Meru, di sini.

Dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen itu, seramai 637 warga asing memiliki kad atau dokumen UNHCR manakala 51 individu lain ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.


Jelas beliau, penubuhan persatuan warga asing tidak sesekali dibenarkan di negara ini.

“Mana boleh sesuatu persatuan yang tidak didaftarkan mengeluarkan surat bahawa warga Indonesia patut diberikan perlindungan melalui UNHCR. Ini sudah nampak ada putik untuk mencari kesalahan pelbagai pihak termasuk UNHCR itu sendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan pihaknya akan membawa isu itu ke muka pengadilan dan mesyuarat Jemaah Menteri kelak.

“Jika banyak kesalahan dilakukan, saya berasa pelbagai justifikasi untuk mereka tidak lagi berada di Malaysia. Ia berikutan banyak masalah akan timbul terutama mengenai anak Rohingya yang turut diberi kad UNHCR nanti,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori