Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn...

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim...

Gimnas Negara Sumbang Pingat...

SINGAPURA - Gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi terpaksa berpuas hati dengan pingat...

PAS Selangor Telah Serah...

SHAH ALAM - PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan...

“Saya Juga Dapat Jemputan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda juga...

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beberapa pendekatan akan diputuskan dalam masa terdekat untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya berhubung masalah itu.

“Saya minta DBKL membuat kajian terperinci untuk mengatasi masalah ini mungkin 100 peratus tak boleh selesai tetapi dapat membantu kurangkan kesesakan pengguna di Kuala Lumpur ini.

“Beberapa pendekatan antaranya sistem lampu isyarat iaitu di bandar dan pinggir bandar yang diuruskan syarikat berlainan perlu selaras antara satu sama lain untuk pastikan trafik lancar dan tidak tersekat di mana-mana laluan masuk dan keluar ibu kota.

“Saya juga sudah minta Datuk Bandar melihat dan meneliti perkara ini sama ada keperluan untuk tidak menggunakan lagi dua sistem lampu isyarat berbeza ini atau memutuskan hanya satu sistem lampu isyarat dikendalikan sebuah syarikat sahaja,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidifitri di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kaedah penyelesaian masalah kesesakan di ibu kota pada masa ini.


Mengulas lanjut katanya, faktor lain yang mempengaruhi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur akan turut menjadi fokus dalam kajian berkenaan.

“Bukan sahaja lampu isyarat, ada juga pengguna yang parkir sesuka hati di tempat tidak dibenarkan dan tidak terkawal, jadi semua sistem parkir akan diuruskan supaya tidak menghalang perjalanan lalu lintas.

“Selain itu punca kesesakan lain seperti kemasukan kenderaan berat pada waktu puncak serta pada masa sama pembukaan perniagaan di tempat tidak dibenarkan turut akan menjadi perhatian dan dalam tindakan kita untuk menyelesaikan kesesakan.

“Semua ini akan diselaraskan dan dibentangkan kepada saya sebelum dikemukakan dalam Pasca Kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan (Postcab) untuk diputuskan dalam masa terdekat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori