Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Nak Perli Etika Berpakaian,...

ISU etika berpakaian di pejabat kerajaan nampaknya masih belum berpenghujung. Hampir setiap hari,...

Manusia Terkaya Bidas Trump

WASHINGTON – Pengasas laman jualan Amazon dan pemilik akhbar Washington Post, Jeff Bezos...

Neelofa Kongsi Gambar Cincin...

KALAU dah namanya selebriti, apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial pasti...

Dadah: 88 Orang Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 88 orang termasuk enam dipercayai pengedar dadah ditahan dalam...

Kementerian Pendidikan Pantau Jangkitan HFMD Di Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memantau jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di sekolah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya memberi perhatian serius terhadap jangkitan HFMD yang semakin meningkat pada masa ini.

Beliau bekata, pihaknya akan terus mendapatkan nasihat KKM bagi memastikan tidak berlaku penularan jangkitan HFMD yang serius di sekolah-sekolah seluruh negara.

“Saya juga bimbang apabila melihat lebih 3,000 kes jangkitan HFMD dilaporkan di Sabah pada masa ini.

“Kes ini dikira agak banyak namun, saya yakin KKM sudah bersedia untuk menangani situasi ini dengan mengambil langkah dan tindakan pencegahan yang perlu,” katanya selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Negeri Sabah hari ini.


Mohamad berkata, sekiranya berlaku penularan jangkitan HFMD di sekolah, kementeriannya akan mendapatkan pandangan KKM untuk memutuskan sama ada jangkitan itu serius atau tidak.

Keperluan menutup sekolah juga bergantung kepada penilaian KKM. Apa sahaja pandangan KKM akan diterima kerana itu adalah bidang kuasa mereka.

Jelas beliau, kementerian itu tidak boleh bertindak menutup sekolah tanpa mengambil kira penilaian dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, ibu bapa dan semua pentadbir sekolah perlu mengambil perhatian tentang isu jangkitan HFMD ini terutama dalam menjaga kebersihan bilik darjah.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori