Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Masih Dapat Sokongan...

PETALING JAYA - Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang bersama-samanya...

Heliza Helmi, Suami Yatt...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan...

Pura-Pura Cedera Tolong Pasukan...

DALAM permainan bola sepak perkara yang cukup penting adalah kerjasama berpasukan dan saling...

Negeri Sembilan Dijangka Haramkan...

NEGERI SEMBILAN dijangka bakal mengumumkan pengharaman rokok elektronik atau vape pada tahun 2016.Mufti...

Keputusan Audit Keselamatan Treler Nahas Penuntut USAS Diketahui Minggu Depan

Kuala Terengganu : Keputusan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap treler yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut di Lebuh raya Utara Selatan pada 12 Mei lalu akan diketahui minggu depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata ketika ini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi itu.

Beliau berkata JPJ juga sedang memeriksa sama ada treler itu ada melalui ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan mematuhi semua peraturan serta spesifikasi ditetapkan.

“Hanya selepas semua pemeriksaan ini selesai dijalankan, barulah kita boleh buat keputusan sama ada treler ini mematuhi peraturan atau tidak… kita akan jelaskan dalam satu kenyataan nanti.

“Setiap kenderaan sama ada lori, treler atau bas mempunyai kompleksiti pemeriksaan berbeza apatah lagi treler itu sudah rosak, jadi bahagian yang kita mahu periksa ini seperti brek dan klac perlu dilihat dengan terperinci sama ada memenuhi spesifikasi kejuruteraan automobil JPJ yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu di sini hari ini.


Dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora dekat Kuala Kangsar itu, lima penuntut USAS meninggal dunia iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, selepas kereta dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh treler dari arah belakang.

Ditanya tentang tindakan JPJ berikutan kekerapan kemalangan disebabkan kenderaan berat sejak akhir-akhir ini, Zailani berkata JPJ sentiasa menggunakan pendekatan advokasi dan penguatkuasaan di lapangan.

“Orang ramai juga dialu-alukan untuk menghantar aduan kepada JPJ melalui aplikasi e-Aduan kerana sistem ini dapat membantu mengenal pasti pesalah dengan lebih pantas dan tepat iaitu kurang 48 jam dari tempoh aduan dibuat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori