Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Terdampar, Dihurung Lalat...

SABAK BERNAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan dihurung lalat ditemui terdampar...

Marquez Juara GP Jerman...

SACHSENRING - Pelumba Honda Marc Marquez menjulang kejuaraan Grand Prix Jerman kali kesembilan...

Lapan Pegawai Kastam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Lapan pegawai Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Abdul Hadi Nafi Konflik...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis...

Kerajaan Umum Paras Kemiskinan Baharu Tahun Depan

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan sebaik sahaja proses pengumpulan maklumat berkait dengan perkara tersebut selesai.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, paras kemiskinan baharu yang akan diumumkan itu melibatkan golongan miskin tegar, B40, M40 dan T20.

Menurutnya, proses pengumpulan maklumat berkait dengan perkara itu sedang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ketika ini.

“Kerajaan akan membuat semakan berkait dengan pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah setiap dua tahun.

“Semakan ini perlu dilakukan dalam tempoh jangka panjang kerana pendapatan turun naik. Pandemik Covid-19 yang melanda sebelum ini memberi impak besar kepada pendapatan isi rumah. Jadi tidak adil kajian ini dibuat semasa musim Covid-19 sahaja” katanya seleoas menyampaikan Taklimat Sosioekonomi Kepada Pengamal Media Kelantan di sini semalam.


Ahli Parlimen Jeli itu memberitahu, kerajaan mahu keputusan yang diperoleh mencerminkan situasi semasa ketika ini kerana kadar miskin tegar sentiasa berubah.

Katanya, dianggarkan seramai 262,000 orang golongan miskin tegar di seluruh negara pada pertengahan tahun lalu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan apabila seramai 210,000 orang miskin dinilai pada Februari tahun ini. Penurunan itu terus dilihat pada bulan lalu iaitu sebanyak 159,000 orang.

“Penurunan itu hasil pemutihan yang dilakukan kerajaan selain pembukaan semula semua sektor ekonomi yang sebelum ini ditutup akibat Covid-19,” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori