Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Memang La Best Maki...

RAMAI yang buat-buat marah Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Amerika Syarikat (AS)...

15,154 Operasi Sanitasi Awam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 55 operasi sanitasi awam untuk pencegahan penularan Covid-19 sudah...

‘Wahab Tak Hilang, Jalani...

KUALA LUMPUR : Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir...

4 Rakan Bebas Tuduhan...

SAMBUTAN Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat empat rakan apabila mereka...

Kes HFMD Di Kedah Meningkat 49%

ALOR SETAR : Sebanyak 1,178 kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini dicatatkan pada Minggu Epidemiologi ke-21 bermula 22 hingga 28 Mei lepas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kes terbaharu itu adalah peningkatan sebanyak 388 kes atau 49 peratus berbanding dengan minggu sebelumnya.

“Lima wabak baharu turut dilaporkan melibatkan tiga prasekolah, sebuah taska dan sebuah tadika. Empat dari premis berkenaan diarah tutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sementara satu lagi premis tidak ditutup setelah didapati berisiko rendah daripada penyebaran jangkitan,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan serta diberikan rawatan pesakit luar dan tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif.

Kata Mohd Hayati, dengan pertambahan tersebut, jumlah kes HFMD di Kedah hingga 28 Mei lalu adalah sebanyak 3,403 kes.

“Berbanding dengan sebelum pandemik, pada tempoh yang sama tahun 2019, Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 2,628 kes atau 339 peratus,” katanya.


Katanya, daerah Kuala Muda mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 785 kes atau 23.1 peratus) diikuti oleh Kubang Pasu 494 (14.5 peratus), Kulim 451 (13.3 peratus) dan Kota Setar 380 (11.2 peratus).

“Sepanjang tahun ini juga, sebanyak 45 wabak HFMD dilaporkan di Kedah, dengan 44 daripadanya atau 97.8 peratus berlaku di pusat jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Sebanyak 43 premis berkenaan diarahkan tutup sementara atau ditutup secara sukarela bagi tujuan sanitasi dan pencegahan jangkitan,” katanya.

Penyakit HFMD disebabkan oleh jangkitan pelbagai jenis virus, terutama virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) yang merebak melalui kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori