Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

5,134 Terlibat Dalam Langkah...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,134 pekerja terlibat dalam langkah pengurangan pekerja Syarikat Berkaitan...

Tindakan Disiplin Terhadap Tian...

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai...

Najib Fail Petisyen Pengampunan,...

KUALA LUMPUR - Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai...

Budiman, Mastura Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid masing-masing mengangkat...

Kes HFMD Di Negeri Sembilan Meningkat 25 Kali Ganda Berbanding Tahun Lepas

SEREMBAN: Sebanyak 1,446 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Sembilan tahun ini, setakat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 25 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Daerah Seremban mencatatkan jumlah kes HFMD paling tinggi iaitu sebanyak 834 kes diikuti Port Dickson sebanyak 184 kes, Jempol dan Rembau masing-masing 140 kes.

“Ia diikuti daerah Kuala Pilah sebanyak 66 kes, Tampin (53 kes) dan Jelebu, 29 kes. Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah sebanyak 30 wabak. Hanya satu wabak HFMD yang masih aktif di daerah Jempol,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu jelas beliau, peningkatan kes yang ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas di Negeri Sembilan adalah berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat-tempat awam.

“Antara tindakan yang dilakukan adalah melakukan aktiviti promosi langkah pencegahan HFMD, melakukan pemantauan ke premis-premis tadika dan pusat jagaan kanak-kanak serta melakukan penutupan premis bagi yang mempunyai wabak HFMD,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori