Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Super Retcon – Power...

SEBELUM konsol Sony Playstation menjadi popular pada 1990-an, konsol permainan dalam bentuk pita...

VIP Miang Umpan Yana...

RUPANYA ramai lelaki VIP berhidung belang cuba mendekati pelakon wanita tempatan yang cantik dan...

Bakat Putri Balqis Kini...

Setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA...

QZ8501: Ada Mayat Sukar...

JAKARTA - Pasukan penyelam yang ditugaskan membuat carian jasad mangsa nahas pesawat AirAsia...

Kipas Sebagai Makmum, Pelaku Jahil: Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN – Perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam ketika menunaikan solat jelas menunjukkan pelaku jahil dalam agama selain sengaja mempersendakan Islam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili di mahkamah syariah.

Menurutnya, mempersendakan Islam jelas berdosa besar dan boleh merosakkan akidah seseorang itu.

“Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Wan Salim berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.


“Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah, maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu, rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori