KYIV: Serangan Russia ke atas kemudahan tentera di bandar Dnipro, tengah Ukraine menyebabkan hampir 12 orang maut dan mencederakan lebih 30 yang lain, hari ini.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menurut ketua wilayah pengawal negara, Gennady Korban, berkata sebuah pusat latihan pengawal negara telah terkena peluru berpandu Iskander pagi ini.
“Kira-kira 10 orang mati dan hampir 35 orang telah cedera,” katanya kepada media tempatan Ukraine.
Dnipro di tengah Ukraine terlepas daripada kerosakan yang ditimbulkan oleh tentera Russia dalam lebih tiga bulan pertempuran, dan bandar itu pada awalnya menjadi hab bagi pelarian Ukraine yang melarikan diri dari pertempuran lebih jauh ke timur.
Gabenor wilayah itu, Valentin Reznitchenko, berkata serangan hari ini menyebabkan kemusnahan serius dan pekerja penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang rosak.
Serangan itu berlaku selepas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata awal minggu ini seramai 87 orang terbunuh dalam serangan Russia ke atas pangkalan tentera Ukraine di utara ibu kota Kyiv pada 17 Mei lalu.
BHonline-