Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Dipilih Agong...

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17...

Malaysia Sedia Pimpin ASEAN...

TOKYO - Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi...

Penyerang Kelab Malam Istanbul...

ISTANBUL - Polis Turki awal pagi tadi menahan lelaki dipercayai membunuh 39 orang...

‘Kenyataan Tony Pua Umpama...

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP,...

Konsep Sekolahku SEJAHTERA Diterima Baik Di EWF 2022

PUTRAJAYA: Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dibawa Kementerian Pendidikan diterima baik oleh panel dan delegasi pada sesi ‘Ministerial Exchange’ di Forum Pendidikan Dunia 2022 (EWF 2022), semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin diberi tanggungjawab membentangkan konsep itu kepada delegasi pada forum yang berlangsung di London, United Kingdom itu.

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, secara keseluruhan, panel dan delegasi melihat konsep Sekolahku SEJAHTERA sebagai satu pendekatan yang menyeluruh dalam membentuk kemenjadian murid.

Menurutnya, beliau yakin dan percaya bahawa penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA secara semula jadi mampu melahirkan generasi pewaris negara yang hebat.

“Saya bersama beberapa ahli panel yang lain telah membincangkan topik bertajuk ‘Should social and emotional learning (SEL) come first?’


“Dalam pembentangan itu, saya menjelaskan bahawa kita tidak seharusnya memberi keutamaan hanya kepada aspek atau komponen tertentu dalam pendidikan anak-anak.

“Apa yang paling penting adalah untuk kita mencari pendekatan seimbang dalam semua aspek pembelajaran, termasuk SEL,” katanya.

Katanya, beliau turut menjelaskan bahawa SEL adalah antara komponen yang telah diambil kira dalam membangunkan konsep Sekolahku SEJAHTERA.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori