Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tebusan Israel Pegang Baju...

GAZA - Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera zionis itu di...

PKP: Dibenar Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung...

Repvblik Band Pilih Hard...

PETALING JAYA - Kumpulan daripada Indonesia, Repvblik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi...

Wong Mulakan Tugas Sebagai...

BALAKONG - Baru sahaja diumumkan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Peluru berpandu itu dilancarkan seminggu selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan lagi keupayaan senjata nuklear Pyonyang pada `kelajuan paling pantas’.

“Kami mengesan satu peluru berpandu balistik yang dilepaskan oleh Korea Utara pada pukul 12.03 tengahari (waktu tempatan) dari Sunan ke arah Laut Timur (Laut Jepun).

“Ketika ini, tentera kami menjejak dan memantau pergerakan berkaitan sebagai persediaan pelancaran tambahan,” kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan.


Pengawal Pantai Jepun juga menyatakan Korea Utara berkemungkinan melancarkan peluru berpandu balistik.

Pelancaran peluru berpandu itu adalah terbaharu dalam siri ujian senjata Korea Utara setakat tahun ini.

Ia dilancarkan selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memberi amaran Pyonyang bersiap sedia untuk menyambung semula ujian nuklear.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori