Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aishah Seram Dikacau Makhluk...

BONGKAR... Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Aishah memaklumkan...

MP Labuan Gagal Batal...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, hari ini gagal dalam permohonan...

Kecoh Gimik Peti Ajaib...

"SILA segera datang ke kawasan berumput depan Raffles Place mulai jam 12 tengah...

Istana Negara Ulangi Pendirian...

PETALING JAYA - Istana Negara hari ini mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah...

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Dari Kapal Selam

SEOUL: Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan peluru berpandu dari kapal selam, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia merupakan pelancaran kedua dalam tempoh tiga hari selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran Korea Utara bersiap sedia menjalankan ujian nuklear.

“Tentera kami mengesan pelancaran peluru berpandu jarak dekat kira-kira pukul 2.07 petang.

“Ia mungkin peluru berpandu balistik dari kapal selam (SLBM) dilancarkan dari perairan Sinpo, Selatan Hamgyong,” kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Sinpo merupakan limbungan kapal tentera laut utama di Korea Utara dan beberapa gambar satelit sebelum ini menunjukkan kapal selam berada di kemudahan itu.


Pengawal pantai Jepun, yang memetik maklumat dari Kementerian Pertahanannya, berkata Korea Utara melancarkan objek berkemungkinan peluru berpandu balistik.

Mereka juga memberi amaran kepada kapalnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Korea Utara meningkatkan pelancaran peluru berpandu pada tahun ini termasuk menjalankan 15 ujian senjata.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori