Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

12 Gambar Ini Bakal...

GAMBAR boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara bergantung kepada cara seseorang individu itu berfikir...

Bercakap Hak Islam, Melayu...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mempersoalkan mengapa umat Islam...

Isu Gereja: MCA Sokong...

PETALING JAYA - MCA menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad...

Jerebu: Majikan Disaran Benar...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan supaya melaksanakan dasar kerja fleksibel dengan...

Krisis Belum Selesai, Sri Lanka Naikkan Lagi Harga Bahan Api

COLOMBO: Ceylon Petroleum Corporation (CPC) milik kerajaan Sri Lanka sekali lagi menaikkan harga bahan api berkuat kuasa Selasa, lapor Bernama yang memetik laporan Xinhua.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera, berkata ketetapan itu diputuskan mesyuarat Kabinet pada Isnin malam.

Dengan kenaikan itu, harga seliter petrol 92 meningkat sebanyak 82 rupee (RM1) kepada 420 rupee (RM5.12), manakala satu liter petrol 95 pula naik sebanyak 77 rupee (RM0.94) kepada 450 rupee (RM5.48).

Sementara itu, harga satu liter diesel meningkat 111 rupee (RM1.35) kepada 400 rupee (RM4.87), dan satu liter diesel super meningkat sebanyak 116 rupee (RM1.61) kepada 445 rupee (RM5.42).


Sebuah lagi syarikat pengedar bahan api, Lanka IOC turut mengumumkan kenaikan harga selari dengan langkah yang diambil CPC.

Sri Lanka bergelut dengan krisis pertukaran asing menyebabkan kekurangan bahan api sejak beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu polis telah melancarkan serbuan untuk menahan individu yang menyorok diesel atau petrol untuk dijual semula.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori