Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KL2017: KJ Berdepan Kerabat...

KUALA LUMPUR - Perlawanan pembukaan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur...

Malaysia-Singapura Setuju Gantung Pelaksanaan...

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju kedua-dua pihak masing-masing akan menggantungkan...

Setengah Juta Kes COVID-19...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 579,624 kes jangkitan COVID-19 membabitkan populasi...

Rosmah Bertemu Ibu, Anak...

SYDNEY - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menghadiri sesi...

Lagi Rusuhan Maut Di Penjara Ecuador, Lebih 100 Banduan Lolos

QUITO : Sekurang-kurangnya 44 banduan maut dalam satu rusuhan terbaharu di sebuah penjara di Ecuador.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pihak pendakwa raya memaklumkan seramai 100 banduan lagi berjaya melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, pergaduhan tercetus antara kumpulan Los Lobos dan R7 di dalam penjara Bellavista di Santo Domingo de los Colorados, di tengah Ecuador kira-kira 80 kilometer dari Quito.

“Setakat ini, seramai 44 banduan maut,” jelas pejabat pihak pendakwa raya menerusi Twitter.

Tambahnya, situasi mungkin bertambah buruk.

Dilaporkan, puluhan banduan cuba melepaskan diri ketika rusuhan itu.

Ketua polis Fausto Salinas berkata, seramai 108 dilaporkan hilang selepas 112 banduan yang cuba melarikan diri berjaya ditahan.

Badan Pengurusan Penjara SNAI memaklumkan pihaknya sudah mengaktifkan ‘protokol keselamatan’ untuk membendung gangguan.


Menteri Dalam Negeri, Patricio Carrillo pada mulanya memaklumkan dua banduan terbunuh sebelum kemudian meningkat angka kepada 41 kematian.

Bagaimanapun, beliau juga berkata, 13 orang dibawa ke hospital, beberapa mengalami kecederaan serius dan kemungkinan jumlah (kematian) akan meningkat.

Pejabat pendakwa raya kemudian memuat naik ciapan angka kematian terkini.

Sementara itu, Sebanyak 200 anggota polis dan 200 tentera dikerah ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Sehingga kini, sebanyak 350 banduan terbunuh dalam lima insiden rusuhan penjara sejak februari 2021.

Presiden Ecuador, Guillermo Lasso berkata, rusuhan berkenaan kebiasaannya beerlaku melibatkan geng pengedaran dadah yang saling bersaing antara satu sama lain.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori