Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Laporan Pasukan Khas Tangani...

PUTRAJAYA - Laporan Pasukan Khas Menangani Isu Felda telah siap untuk dibentangkan kepada Kabinet, kata...

Warga Asing Penyumbang Utama...

KUALA LUMPUR - Jangkitan membabitkan warga asing terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah...

Banjir Di Pahang Pulih,...

KUANTAN - Banjir di Pahang kembali pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir...

SK Stella Maris Ditutup,...

KOTA KINABALU - Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris Tanjung Aru di sini ditutup...

Lebih 50 Maut Dalam Letupan Masjid Di Afghanistan

KABUL : Satu letupan kuat dilaporkan mengorbankan lebih 50 jemaah selepas solat Jumaat di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia merupakan insiden terbaharu dalam siri serangan menyasarkan orang awam di negara itu ketika bulan Ramadan.

Timbalan Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Besmullah Habib berkata, letupan itu berlaku di Masjid Khalifa Sahib yang terletak di barat ibu negara.

Katanya, semalam pihak berkuasa mengesahkan angka rasmi kematian seramai 10 orang.

Insiden itu berlaku ketika jemaah masjid Sunni berkumpul selepas solat Jumaat.

Dalam pada itu, ketua masjid, Sayed Fazil Agha berkata, individu dipercayai pengebom berani mati menyertai mereka dalam majlis dan bertindak meletupkan bahan peledak.

“Asap hitam memenuhi ruang udara dan mayat ada di merata tempat.


“Saya sendiri terselamat tetapi kehilangan orang tersayang,” katanya dengan merujuk anak saudaranya antara yang maut.

Seorang penduduk, Mohammad Sabir berkata, dia melihat mangsa cedera dimasukkan ke dalam ambulans.

“Letupan itu sangat kuat sehingga merasakan gegendang telinga saya sudah retak,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, beberapa hospital menerima 66 mayat dan 78 orang yang cedera setakat ini.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan mengutuk serangan itu dan menegaskan pihak bertanggungjawab akan dihukum.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori