Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Guan Eng Terkejut Pelucutan...

GEORGE TOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan...

PDRM Sambut Baik Cadangan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan kerajaan untuk menubuhkan...

Cuba Rasuah Sultan: Serah...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini...

Polis Tahan 3 Suspek...

KOTA TINGGI - Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai...

Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Lima Tahun Lagi

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah, dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira lima tahun lagi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof berkata setakat ini pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah mencapai 82 peratus siap, dengan empat pakej yang telah siap sepenuhnya merangkumi pakej Telok Melano-Sematan, Nyabau, Serian-Balai Ringin dan Julau.

Beliau berkata pakej selebihnya dijangka siap hujung tahun ini, walaupun beliau menjangka mungkin satu atau dua pakej akan terlewat disebabkan pelbagai cabaran terutamanya dari segi kekurangan bahan, kenaikan harga barang dan kekurangan tenaga kerja asing, terutama dari Indonesia.


“Kenaikan harga minyak diesel juga salah satu cabaran yang dihadapi oleh kontraktor selain daripada kenaikan harga besi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jejambat Batu 10, Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo.

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer bermula dari Telok Melano ke Miri, manakala Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 bermula dari Limbang ke Lawas dan dijangka siap menjelang tahun 2028.

-Malaysia kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori