Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Wira Paralimpik Terbang...

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua...

Bawah Kerajaan PH, Pelabur...

PELABUR asing masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung hala tuju dan dasar kerajaan...

Rakyat M’sia Dijel 7...

SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan 12 sebatan...

China Jamin Sokong Pembinaan...

KATHMANDU - China menzahirkan kesanggupan dan memberi jaminan kepada pihak berkuasa Nepal bahawa...

Lelaki Thai Ditahan Cuba Seludup 6,500 Anak Pokok Durian

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand ditahan di pusat pemeriksaan sempadan Jabatan Kastam wilayah Ubon Ratchathani kerana cuba menyeludup 6,500 anak pokok durian bernilai kira-kira satu juta baht (RM128,430) ke Laos, lapor laman berita Thaiger.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pejabat Kastam Chongmek di sempadan Thailand dan Laos, Wanlop Suiraksa memberitahu media bahawa pihaknya menerima maklumat bahawa anak pokok durian itu akan diseludup ke Laos kelmarin.

Semasa unit kastam dan polis melakukan pemeriksaan, mereka melihat sebuah trak pikap berwarna perak ingin melepasi pusat pemeriksaan itu menuju ke kawasan di Laos.

Mereka meminta pemandu trak berhenti di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan kerana bahagian belakang kenderaan itu ditutup dengan plastik hitam.

Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui sebanyak 6,500 anak pokok durian yang dibungkus di dalam trak berkenaan.


Pemandu trak, Narongsak Sichana, 21, kini berdepan tuduhan melanggar Akta Perlindungan Kepelbagaian Tumbuhan dengan menyeludup tumbuhan yang dipulihara tanpa kebenaran.

Tertuduh berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda 4,000 baht (RM513) atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Dia juga melanggar Akta Kastam dengan mengeksport produk larangan tanpa kebenaran.

Pemandu itu memberitahu bahawa dia diupah untuk menghantar anak pokok durian kepada pelanggan dari Laos yang tinggal di bandar Pakse. Tambahnya, dia tidak mengetahui tindakan menghantar pokok durian ke luar negara adalah haram.

Tertuduh turut mendakwa bahawa orang yang mengupahnya sudah meminta kebenaran daripada Jabatan Kastam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori