Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rosmah Lawat Pusat Konservatori...

BEIJING - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat pusat konservatori muzik...

Penjawat Awam Ejen Transformasi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penjawat awam...

Bekas Presiden MCA Sah...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat bukan lagi...

Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa dengan mengambil...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga ikan pada masa kini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang terkilan apabila LKIM tidak membuat simpanan ikan sejuk beku disebabkan masalah birokrasi dalaman kerajaan yang berlarutan.

Menurutnya bermula dari dilantik sebagai pengerusi, beliau sering menekankan tentang stok penyimpanan ikan, namun sehingga hari ini, LKIM tidak membuat melaksanakannya.

“Kita ada kilang bekukan ikan tapi tak jalan. Kita ada cold room yang boleh memuatkan 1,000 tan metrik ikan tapi terbiar.

“Masalah kekurangan dan peningkatan harga ikan yang sentiasa berulang sehingga kini sebenarnya bukanlah disebabkan dari masalah-masalah seperti cuaca, kartel dan sebagainya tapi berpunca dari birokrasi dalam kerajaan yang terlalu lembap dan sistem penyampaian yang gagal,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, di Bukit Gantang, malam tadi.

Menurutnya lagi pihaknya sedih apabila masalah ketidakcukupan ikan di pasaran menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi untuk membeli ikan.


“Sepatutnya masalah bekalan dan kenaikan harga ikan ini tidak berlaku. “Jika kita ada simpanan sekarang, kita boleh arahkan mana-mana cold room seluruh negara untuk keluarkannya untuk keperluan rakyat pada waktu begini.

“Tapi masalahnya LKIM tiada stok simpanan dan kita boleh import dari luar negara tapi makan masa,” katanya.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, berhubung masalah bekalan dan kenaikan harga ikan ini, pihaknya sudah beberapa kali membentangkannya dalam lembaga mesyuarat, namun sering ditangguh.

Tambahnya pihaknya akan meminta campur tangan ketua setiausaha negara untuk menangani masalah dalam birokrasi ini dalam kadar segera.

Ditanya mengenai berapa lama masa diambil bagi memenuhi semula keperluan atau stok simpanan ikan sejuk beku bagi menampung keperluan rakyat pada masa akan datang, beliau menegaskan sekurang-sekurangnya mengambil masa antara dua ke tiga bulan sahaja.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori